Friday 27 May 2011

Ilmu Hadis saja buat catatan.

Ilmu Hadis saja buat catatan.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه اجمعين

Ilmu Hadis atau nama lainnya ilmu Musthalah Hadis iaitu ilmu ( tahu kita ) dengan sekelian kaedah yang kita boleh kenal dengan dia akan sekelian kelakuan sanad ( perawi, pencerita hadis ) dan matan ( lafaz hadis seperti kata Nabi saw : sesungguhnya sekelian amalan itu disertaikan dengan niat. ) daripada sahih, hassan dan dhaif.
Sasaran ilmu ini tertumpu kepada periwayat dan lafaz hadis pada pihak boleh diterima atau ditolak.
Faedah ilmu ini kita akan kenal hadis yang diterima dan hadis yang di tolak.

Bila sebut sahaja Hadis maka dianya terbahagi kepada dua bahagian satunya sifat bagi periwayat hadis dan keduanya sifat bagi matan hadis, maka bahagian yang pertama pula terbahagi kepada tiga bahagian. Pertamanya Hadis Sahih. Keduanya Hadis Hassan dan ketiganya Hadis Dhaif.
Bila kita kata sahih, hassan dan dhaif, kita kena tahu ketiga tiga gelaran tu dinamakan sifat bagi periwayat hadis.
Bahagian yang kedua juga terbahagi kepada tiga bahagian lagi pertamanya hadis Marfu' dan keduanya hadis Mauquf dan ketiganya hadis Maqthu'. Insyaallah nanti kita hencerkan satu persatu yerrrr

Bahagian awal pecahan hadis kepada tiga yang iaitu sahih dan hassan dan dhaif.
Pertamanya Sahih yang di ijmakkan dia atas sahih di sisi mereka itu Ulama Hadis iaitu ada lima syarat.
Pertamanya berhubung sanad dengan bahawa meriyawat oleh setiap periwayatnya dari mulut guru kemulut guru dari awal sanaf sehingga akhirnya dengan tiada terputus sanadnya.
Keduanya Periwayat hadis itu tidak Syazz iaitu menyalahi orang yang kepercayaan bagi mereka yang terlebih di percayai.
Ketiganya ketiadaan penyakit sama ada penyakit yang zhahir seperti fasik , kurang kuat ingatan dan lainnya atau penyakit yang tersembunyi seperti hadis Marfu' dikatanya hadis mauquf.
Keempatnya A'dalah yakni berlaku adil pada meriwayatkan hadis yang iaitu seorang Muslimyang mukallaf yang salim(sejahtera) daripada fasik dan sekelian dosa dosa kecil yang terang.
Kelimanya dhabit iaitu ingatan yang kuat, sama ada ingat di dada atau ingat di kitab.
Dhabit dada iaitu bahawa tetap barang yang didengarnya dengan sekiranya ditanyai dia mampu memperdatangkan barang yang didengarnya bila masa dikehendaki.
Dhabit kitab iaitu terpelihara barang yang dikitab itu di sisinya semenjak didengarnya barang yang di dalam kitab tu. Kedua dua fhabit itu tak menyalahi dengarnya dari guru dan boleh diperpegangi ingatan di dadanya dan boleh dipercayai pindahannya dari mana mana kitab hadis tanpa menambaj dan mengurangkan kalamnya. Wallahuaalam.


Tuesday 24 May 2011

pengajian Ilmu Hadis di rumah setiap Ahad ke4 dan ke5 jam 1230 tengahari.

daripada kitab matan Baiquniyyah.
Bab hadis Gharib.
 

وَقُلْ غَرِيبٌ مَا رَوَى رَاوٍ فَقَطْ

ماسوق فدا بخارا حديث غريب ( ضنجيل )

 

هُوَ لُغَةً المُنْفَرِدُ عَنْ وَطَنِهِ, سُمِّىَ الحَدِيثُ بِذَلِكَ لِانْفِرَادِ رَاوِيهِ عَنْ غَيرِهِ. وَاصْطِلاَحاً  هُوَ (مَا) الحَدِيثُ الَّذِى  (رَوَا) ه (رَاوٍ) وَاحِدٍ (فَقَطْ) اى تَفَرَّدَ فِى المَتْنِ اَوِ الاِسْنَادِ بِأَمْرٍ لاَ يَذْكُرُهُ غَيْرُهُ مِنَ الرُّوَاةِ.

يايت فدا بحاسث دعن معنى يغ كتوغضالن درفد وطنث, دنماكن حديث دغن دمكين ايت كران كتوغضالن اوله فرويتث درفد اورغيغ لاينث.

دان فدا اصطلاحث يايت حديث يغ مروايتكندي اوله فراوى يغ ساتو مك هاث له يايت كتوغضالن فدا متنث اتوا اسنادث دغن ساتو فركارا يغ تياد مثبوتكندى اوله اورغ لاينث درفد مان-مان فرواية.

مِثَالُهُ مَا جَاءَ مَرْفُوعاً " اَلْوَلاَءُ لُحْمَةٌ كَلُحْمَةِ النَّسَبِ لاَ يُباَعُ وَلاَ يُوهَبُ." فَاِنَهُ تَفَرَّدَ بِهِ عيدُاللهِ بنُ دِناَرٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ.

خونتوهث يايت حديث يغداتغ دغن جالن مرفوع  : "الولاء ( همبا يغدمردهكا اوله توان ) يايت ساتو داضيغ سفرت داضيغ درفد نسب يغ تبدق بوليه دجوال دان تيدق بوليه دهيبه". مك بهاوسا اى ترتوغضل دغندي اوله رواية عبد الله بن دينار درفد ابن عمر.

وَكَحَدِيثِ " اِنَّماَ الاَعْماَلُ بِالنِّيَاتِ " رَوَاهُ عَبْدُ المَجِيدِ عَنْ زَيْدِ تنِ اَسْلَمَ. قَالَ الخَلِيلِى : أَخْطَأَ عَبْدُ المَجِيدِ  وَهُوَ غَيْرُ مَحْفُوظٍ مِنْ حَدِيثِ زَيْدٍ بِوَجْهٍ.

دان سفرت حديث "سسغضوهث سضالا عمالن ايت دسرتكن دغن نية " يغتله مرويتكندى اوله عبد المجيد درفد زيد بن أسلم . تله بركات الخَلِيلِى تله ساله اوله عبد المجيد دان يايت كتيادائن دايعتكن درفد حديث زيد سام سكالى.

وَحُكْمُهُ أَنَّ فِيهِ الصَحِيحَ وَالْحَسَنَ وَالْضَعِيفَ وَهُوَ الْغاَلِبُ. قَالَ الاِمَامُ أَحْمَدُ رحمه الله تعالى : لاَ تَكْتُبُوا الغَرَائِبَ فَاِنَّهاَ مَناَكِيرُ  وَغَالِبُهاَ عَنِ الضَّعَفَاءِ.

دان حكومث بهاوسا ادا فداث يغ صحيح دان حسن دان ضعيف دان يايت يغ غالبث. بركات امام أحمد رحمه الله تعالى جاعن توليس سكليان كامو اكن حديث غريب مك بهوا سغضوهث اى حديث موغكر دان كبياسائنث داتغ درفد فراوى يغ ضعيف.

 

Thursday 19 May 2011

kuliah Hadis 40 Masjid Jumhuriyah Tmn Dato harun

                                                     الحد يث الأول

       عن أمـيـر المؤمنـين أبي حـفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول

      الله صلى الله عـليه وسلم يـقـول : ( إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل

      امـرئ ما نـوى . فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله

      ومن كانت هجرته لـدنيا يصـيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه ).

      رواه إمام المحد ثين أبـو عـبـد الله محمد بن إسماعـيل بن ابراهـيـم بن  المغـيره بن بـرد زبه البخاري الجعـفي،

[رقم:1] وابـو الحسـيـن مسلم بن الحجاج  بن مـسلم القـشـيري الـنيسـابـوري [رقم :1907] رضي الله عنهما في صحيحيهما

      اللذين هما أصح الكتب المصنفه. 

daripada Amirul Mukminin Abi Hafsin Umar bin al Khatab radiallah huanh

berkata ia, aku dengan Rasulullah saw berkata " sesungguhnya sekelian amalan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap tiap sesaorang itu barang yang diniatkannya maka barang siapa adalah hijrahnya kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya kepada Allah dan rasulnya dan barang siapa yang adalah hijrahnya kerana dunia nescaya mendapat ia akan dia atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada barang yang berhijrah ia kerananya.

telah meriwayat akan ini hadis oleh dua imam hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al Mughirah bin Bardizbah al Bukhari al Ju'fy dan Abu Hussain Muslim bin Hajjaj bin Muslim al qusairy an Naisaburi radiallahuanhuma dalam kedua kitab sahihnya yang mana kedua dua kitab tersebut iaitu kitab hadis sahih.,

Monday 16 May 2011

Kitab Hadis

Kitab Hadis

1 Sunan Abi Daud.
2 Jami' sahih Al Bukhari.
3 Sahih Muslim.
4 Jami sahih Al Turmuzi/ Tarmizi/ Tirmizi
5 al Muwattha Imam Malik.
6 Misykath Masabih.
7 Hadis 40 an Nawawi.
8 Hadis Riadhus Salihin.
9 mukhtasar Abi Jamrah.
10 Al Azkar.

Rujukan.
Aunul Maabud syarah sunan Abi Daud.
Bazlul Majhuud syarah Sunan Abi Daud.
Mualimus Sunan Syarah Sunan Abi Daud.
Al Minhal al Azb al Maurud syarah Sunan Abi Daud.

Fathul Bari syarah sahih Bukhari.
Umdatul Qari syarah sahih Bukhari.
Irsyadus Sari Syarah Sahih Bukhari.
Al Bukhari bisyarhil Al Karmani.
Al Mutawari ala tarajim abwab al Bukhari.
Taghlikut taalik ala sahih Bukhari.
Hasiah As Sindi ala Bukhari.

Sahih Muslim Bis Syarhi An Nawawi.
Minnatul Mun imm fis Syarhi sahih Muslim.
Syirajul Wahhaj min Kashfi muthalib sahih Muslim.
Ad dibajg ala sahih Muslim.
Ikmalul Muallim bi fawaeid Muslim.
Hadyus Sari muqaddimah sahih Muslim.

Tuhfatul Ahwazi syarah sahih Tarmizi.
Nawadirul usul fi maarifatil ahadis Rasul
Aridhatul ahwazi bisyarhi sahih Tarmizi.
Al Kawakib addurri ala jami Tarmizi.
Alurfu Syazi syarah sunan Tarmizi.

Awjaz Masalik syarah Muwattha.
Syarah Zarqani ala Muwattha.
Al istizkar alal Muwattha.
Tamhid.

Syarhi at Tibbi ala Mishkat Masabih.
Mirkatul Mafatih.
miraatul Mafatih.

Dan lain lain lagi


Sent from my iPad