Sunday 10 June 2012

Ulumul Hadis bahagian 01.

Ulumul Hadis bahagian 01.
Daripada kitab Tadribur Rawi  karangan imam As Suyuti as Shafei pada mensyarahkan kitab Taqrib Imam Nawawi.

[ ص: 60 ] الحديث : صحيح ، وحسن ، وضعيف . 

الأول : الصحيح ، وفيه مسائل : الأولى : في حده ، وهو ما اتصل سنده بالعدول الضابطين من غير شذوذ ولا علة . 

Bahagian Hadith:
1) Sahih.
2) Hasan.
3) Daif.

Sahih dan ada padanya beberapa Masail:
1) Pengenalannya: iaitu barang yang berhubung oleh sanadnya dengan sifat Adil yang Dhabith( ingat ) drpd ketiadaan shuzuz ( menyalahi riwayat orang yang terlebih thiqah) dan ketiadaan elat ( berpenyakit ).

Syarah:

( الحديث ) فيما قال الخطابي في معالم السنن ، وتبعه ابن الصلاح : ينقسم عند أهله على ثلاثة أقسام : ( صحيح ، وحسن ، وضعيف ) لأنه إما مقبول أو مردود ، والمقبول إما أن يشتمل من صفات القبول على أعلاها أو لا ، والأول : الصحيح ، والثاني : الحسن ، والمردود لا حاجة إلى تقسيمه ؛ لأنه لا ترجيح بين أفراده . 
Hadis pada barang yang berkata oleh Imam Al Khathabi dalam kitab Muallimil Sunan dan mengikut akan dia oleh Imam Ibnu Solah iaitu terbahagi ia disisi Ahlinya atas tiga bahagian.
1) Sahih.
2) Hasan.
3) Daif.
Kerana ia adakalanya diterimakan dia atau ditolakkan dia.
Hadis yang diterimakan dia ( maqbul ) adakalanya bahawa melengkapinya drpd beberapa sifat terima atas keatasnya atau sebaliknya.
Pertamanya Sahih, keduanya Hasan, ketiganya Daif.
Hadis yang ditolak ( mardud ) iaitu tiada berhajat kepada membahagikan dia kerana ia tiada ditarjih( diterangkan ) antara afradnya.
واعترض بأن مراتبه أيضا متفاوتة ، فمنه ما يصلح للاعتبار وما لا يصلح ، كما سيأتي ، فكان ينبغي الاهتمام بتمييز الأول من غيره . 
dan dibangkangkan dia dengan bahawa mertabat hadith Mardud juga berlebih kurang maka setengah drpdnya barang yang patut bagi pengajaran dan ada yang tidak patut ia seperti mana lagi akan datang insyaallah bahasannya maka adalah sebaiknya di ambil perhatian dengan    Pembezaan awal drpd lainnya.
وأجيب بأن الصالح للاعتبار داخل في قسم المقبول ؛ لأنه من قسم الحسن لغيره ، وإن نظر إليه باعتبار ذاته ، فهو أعلى مراتب الضعيف ، وقد تفاوتت مراتب الصحيح أيضا ولم تنوع أنواعا ، وإنما لم يذكر الموضوع لأنه ليس في الحقيقة بحديث اصطلاحا ، بل بزعم واضعه ، وقيل : الحديث صحيح وضعيف فقط ، والحسن مدرج في أنواع الصحيح . 
Dan dijawab dengan bahawa sa hadis yang patut bagi pengajaran itu ialah masuk ia pada bahagian yang di terimakan ( maqbul ) kerana ia setengah drpd bahagian hadis Hasan Li Ghairih ( hadis daif naik mertabat Hasan dengan sebab ada sokongan drpd riwayat yang lain ) jika ditilik kepadanya dengan iktibar zatnya maka ianya yang tertinggi beberapa mertabat hadis Daif.
Dan terkadang berlebih kurang segala mertabat hadis sahih pula wal hal tidak tercabang ia akan beberapa cabang.
Dan sesungguhnya tidak di sebut Maudhu' ( Palsu ) kerana ia pada hakikatnya bukan Hadis pada isthilah bahkan dikatakan hadis dengan sangkaan( berkata dengan ketiadaan dalil yang kuat ) oleh pemalsunya.
Dan Ada juga ulama yang berkata Hadis iaitu Sahih Dan Daif sahaja dan Hadis Hasan masuk ia di bawah bahagian hadis Sahih.

Bersambung..... Insyaallah


Sent from my iPad