Wednesday, 2 October 2013

pengenalan hadith

Sedikit drpd pengenalan Hadith:

Pengertian ilmu hadith:

Berkata ibnu al-Akfani ( Muhammad bin Ibrahim bin said al-ansari, wafat 794 H) dalam kitab Irsyad al-Qasid ( ارشاد القاصد الى اسنى المقاصد ) :
Ilmu Hadith khusus dengan riwayat iaitu ilmu yang melengkafi bahasannya atas memindahkan perkataan Nabi salallahualaihi wasaalam dan sekelian perbuatannya dan riwayatnya dan dhabitnya dan menghuraikan segala lafaz-lafaznya.

Ilmu hadith khusus dengan dirayah iaitu ilmu yang boleh dikenali daripadanya akan hakikat riwayat dan syarat-syaratnya dan cabang-cabangnya dan hokum-hukumnya dan kelakuan periwayatnya dan syarat-syarat mereka itu dan bahagian-bahagian yang diriwayatkan dia dan apa suatu yang berkaitan dengannya.

(rujukan kitab Tadribur Rawi oleh Imam Suyuti wafat: 911 H)

Perkataan yang seerti dengan Hadith:
Selain daripada lafaz hadith ada beberapa perkataan yang digunakan untuk pengertian yang sama seperti ar riwayah dan khobar dan athar dan sunnah.

Pendapat yang sahih dimana kesemua perkataan ini dalam istilah para ulama hadith memberi maksud yang sama dan setiap perkataan boleh digunakan sebagai ganti bagi perkataan yang lain sekalipun begitu ada sesetengah ulama hadith mengertikan setiap perkataan tersebut di atas dengan makna yang berlainan wallahuaalam.

Isthilah-isthilah yang berkaitan dengan Sanad dan Matan Hadith:

1. Sanad iaitu rantaian para perawi yang meriwayatkan sesuatu hadith bermula daripada perawi yang pertama sehingga perawi yang terakhir disebutkan sebelum matan/teks hadith. Isthilah sanad juga digunaka bagi perbuatan menyebut atau menyatakan rantaian perawi bagi sesuatu hadith.

2. Isnad iaitu perbuatan menyebut atau menyatakan sanad bagi sesuatu hadith yang kadang kala isnad juga digunakan dengan makna sanad iaitu rantaian perawi-perawi bagi sesuatu hadith.
Matan iaitu teks hadith yang dating selepas sanad.

3. Musnid iaitu orang yang meriwayatkan hadith secara bersanad. Musnid juga merupakan gelaran bagi muhaddith terunggul bagi sesuatu kawasan atau negeri.

Contohnya sifulan musnid al eraqi iaitu sifulan adalah musnid ( muhaddith terunggul ) bagi negeri Iraq.

4. Musnad terbahagi kepada tiga makna:
a) Kitab hadith yang menghimpunkan hadith-hadith berdasarkan sahabah yang meriwayatkan.
b) Hadith marfu' yang diriwayatkan dengan sanad yang muttasil(bersambung tanpa putus).
c) Isnad iaitu menyatakan sanad bagi hadith yang telah disebut tanpa sanadnya.

Contoh-contohnya:

Imam Bukhari dalam jami' sahihnya:
حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Kata-kata imam Bukhari dari حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ sehingga
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ adalah sanad hadith dan kata-katanya dari
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ sehingga akhirnya hadith adalah matan hadith

Hadith seperti ini dipanggil musnad iaitu hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang muttasil(berhubung) sehingga sampai kepada Rasulullah saw.
Imam Bukhari ialah musnid iaitu seorang yang meriwayatkan hadith beserta dengan sanadnya, manakala perbuatannya menerangkan sanad hadith ini dipanggil sebagai isnad

Wallahuaalam

sedikit sejarah Hadith:


Sedikit mengenai Sejarah Ilmu hadis drpd kitab al-Muyassar pada ilmu musthalah hadith oleh Syed Abdul majid al-Ghouri terjemahan Muhammad Hazim:

Ilmu Musthalah hadith atau ilmu hadith telah bermula sejak zaman para sahabat Nabi saw lagi seiring dengan perkembangan ilmu riwayat al Hadith pada zaman tersebut, meskipun ilmu Musthalah Hadith belum disusun dan ditulis dalam bentuk kitab, tetapi para sahabat radiallahuan sudah mengamalkan beberapa kaedah dan dasar-dasar tertentu dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah saw.

Dalam hal ini, para sahabat radiallahuan sangat berhati-hati, mereka memastikan kesahihan setiap hadith yang ingin diriwayatkan dan menyelidik keadaan perawi tersebut sebelum mengambil hadith daripadanya serta menilai setiap riwayat mengikut kaedah-kaedahnya yang khusus.

Selepas sahabat, para Tabiin juga telah mengamalkan kaedah yang sama dalam menerima tahammul dan meriwayatkan ada' hadith walaupun ilmu Musthalah Hadith masih belum dibukukan pada zaman itu.

Pengarang pertama yang menyentuh sebahagian permasalahan Usul Hadith dalam tulisannya ialam al Imam al-Shafi'I (Muhammad bin Idris al-Shafi'I, wafat 204 H) dalam kitabnya yang terkenal al-Risalah.

Sebahagian daripada kaedah dan asas ilmu hadith boleh juga didapati dalam kitab-kitab hadith. Contohnya Imam bukhari ( Muhammad bin Ismail al-Bukhari, wafat 256 H) dalam Jami' Sahih Bukhari telah mendatangkan beberapa bab yabg mengisyaratkan kepada usul-usul dan kaedah-kaedah ilmu ini.

Begitu juga imam Muslim ( Muslim bin Hajaj al-Qusairi an- Naisaburi, wafat 261 H) dalam Muqaddimah Sahih Muslim, Imam al-Tarmizi ( Muhammad bin Isa bin Sura, wafat 279 H) dalam Jami' al-Tarmizi dan al-'ilal al-Saghir dan Imam Abu Daud ( Sulaiman bin Asy as as sijastani , wafat 275 H) dalam Sunan Abi Daud dan risalah beliau Risalah ila ahl Makkah telah membincangkan banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu Usul al-Hadith.

Pada peringkat ini, terdapat Ulama yang telah mula mengarang kitab-kitab yang membahaskan secara khusus salah satu daripada perbahasan Ulum al-Hadith. Di antara perkara yang telah dijadikan tajuk perbahasan dalam karangan-karangan mereka ialah Gharib al-Hadith, Mushkil al-Hadith, Hadith-Hadith Nasikh dan Mansukh, "ilal Hadith, Ma'rifat Ruwa dan seumpamanya.

Pada akhir kurun kedua, imam Ali bin al-Madini(Abul Hasan Ali bin Abdullah bin Jaa'far bin Najih bin Bakr bin Saad, wafat 234 H) pula menghimpunkan sebahagian perbahasan ilmu hadith pada bab-bab yang berasingan dalam kitab-kitab karangan beliau. Perkara ini telah disebut secara terperinci oleh Imam al-Hakim Abu Abdillah al-Naisaburi dalam kitabnya Ulum al-Hadith.

wallahuaalam.

Wednesday, 18 September 2013

Kongsi foto dan kemaskinian bersama Khotib

facebook
Khotib sedang berkongsi gambar, kemaskini dan lain-lain di Facebook. Berdaftarlah untuk mengikuti perkembangan Khotib dan mereka semua yang anda kasihi.
Khotib Sharbini
4 buah kumpulan
Daftar
Pergi ke Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.hadithori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Tuesday, 3 September 2013

Kongsi foto dan kemaskinian bersama Khotib

facebook
Khotib sedang berkongsi gambar, kemaskini dan lain-lain di Facebook. Berdaftarlah untuk mengikuti perkembangan Khotib dan mereka semua yang anda kasihi.
Khotib Sharbini
4 buah kumpulan
Daftar
Pergi ke Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.hadithori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Friday, 16 August 2013

Check out Khotib's photos on Facebook.

facebook
Check out Khotib's photos on Facebook.
If you sign up for Facebook, you'll be able to stay connected with friends by seeing their photos and videos, staying up to date with their latest status updates, exchanging messages and more.
Sertai Khotib di Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.hadithori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Wednesday, 5 December 2012

Hadith bahagian 01

Hadith bahagian 01

Ilmu Musthalah Hadis.

Ilmu musthalah hadith mempunyai kepentingan, kedudukan dan kelebihan2 yang tidak boleh di dapati seumpamanya dari mana2 cabang ilmu2 islam yang lain seperti mana yang akan di huraikan secara ringkas.. In sya Allah.

Kepentingan dan kelebihannya.

Di antara semulia2 ilmu islam iaitu ilmu mengetahui dan mengenali periwayatan sesuatu hadith sehingga boleh di ketahui bahawa satu2 hadith itu thabit atau tidak ianya datang drpd Nabi صلى الله عليه وسلم , sehinggakan sesuatu hadith itu diterima/maqbul dan boleh diamalkan atau mardud/ditolak yakni tidak boleh digunakan.

Keutamaan ilmu musthalah.

Setengah drpd cabang2 ilmu islam yang sangat penting dalam penentuan dalil2 iaitu ilmu musthalah hadith kerana dengan ilmu ini kita dapat menentukan/mengukur sejauhmana hadith yang sampai kepada kita ini mampu/boleh di jadikan dalil apabila ilmu ini mengenalkan kita mana yang sahihnya dan mana yang hasannya dan mana yang daif seterusnya yang palsu yang di panggil dalam ilmu hadith dengan hadith maudhu/hadith reka2an.

Terpelihara atau tidaknya agama islam kita bertunjang kuat dengan mengenali sumber dalil islam iaitu Hadith Nabi صلى الله عليه وسلم selain alquran yang dengan ilmu ini sesaorang yang mahir akan dapat mengenali yang sahih atau daif dan yang asli atau palsunya dan lebih2 lagi tercampurnya perkataan Nabi صلى الله عليه وسلم dengan perkataan bukan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Tujuan penyususnan Ilmu Musthalah ini:

Matlamat terjauhnya penyelewengan dan pemalsuan yang di datangkan oleh pihak yang tak bertanggung jawab drpd musuh islam suatu sebab ilmu ini di susun dan di bangunkan oleh ulama dunia islam.

Sehingga ilmu ini menjadi teramat penting dan syarat utama dalam membentuk hujjah2 pendalilan bagi mereka2 yang berpotensi dalam menyusun hukum hakam dalam islam.. Tidak heran jika kita kata dimana imam2 mujtahid amat berkelayakan dalam ilmu ini sekalipun ilmu ini belum di susun dan di bangunkan yang dari mereka antara sumber penyusunan ilmu ini di ambil dan selain mereka ini daripada ulama2 sebelum merek itu seperti Muhammad bin Sirrin dan lainnya.

Wallahuaalam..


Sent from my iPad

Wednesday, 17 October 2012

hadis ke 19

الْحَدِيثُ التَّاسِعَ عَشَرَ من الاربعين للنووى رحمه الله تعالى:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِي : يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ : احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ ، احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ ، لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ ، لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ ، رُفِعَتِ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ .

Drpd Abdillah Bin Abbas Radiallahuanhuma berkata ia:

Adalah Aku dulu berada di belakang Nabi saw maka bersabda Nabi saw bagi Ku: Wahai Ghulam bahawa Aku( Nabi saw ) Aku hendak ajar akan dikau beberapa kalimah:

Pelihara Oleh mu akan Allah nescaya memelihara Allah akan di kau, Pelihara oleh Mu akan Allah nescaya engkau dapati akan dia berhadap akan dikau. Apabila engkau meminta sesuatu maka pinta oleh mu akan Allah, dan apa bila engkau minta tolong maka minta tolong oleh mu dengan Allah.

Dan ketahui Oleh mu bahawa Ummah jikalau berhimpun ia atas tujuan bahawa member manfaat mereka itu akan dikau  dengan sesuatu nescaya tidak mampu mereka itu memberi manfaat akan dikau melainkan dengan suatu yang sesungguhnya telah mencatit akan dia oleh Allah bagi engkau.

dan jika berhimpun mereka itu atas bahawa memudharatkan dikau dengan suatu nescaya tidak mampu memudharat mereka itu akan dikau melainkan dengan suatu yang sesungguhnya telah mencatit Allah Atas engkau.

Telah di angkat aklam(Pena) dan telah keringlah helaian2.

 

Telah meriwayat akan hadis ini oleh Imam Tarmizi dan berkata ia Hadis Hasan Sahih.


رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ ، وَقَالَ : حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .

وَفِي رِوَايَةِ غَيْرِ التِّرْمِذِيِّ : احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ ، تَعَرَّفْ إِلَى اللَّهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَكَ ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ ، وَأَنَّ الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ ، وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا .

قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " احْفَظِ اللَّهَ " يَعْنِي : احْفَظْ حُدُودَهُ ، وَحُقُوقَهُ ، وَأَوَامِرَهُ ، وَنَوَاهِيَهُ ، وَحِفْظُ ذَلِكَ : هُوَ الْوُقُوفُ عِنْدَ أَوَامِرِهِ بِالِامْتِثَالِ ، وَعِنْدَ نَوَاهِيهِ بِالِاجْتِنَابِ ، وَعِنْدَ حُدُودِهِ ، فَلَا يَتَجَاوَزُ مَا أَمَرَ بِهِ ، وَأَذِنَ فِيهِ إِلَى مَا نَهَى عَنْهُ ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ ، فَهُوَ مِنَ الْحَافِظِينَ لِحُدُودِ اللَّهِ الَّذِينَ مَدَحَهُمُ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ ، وَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ : وازلفت الجنة للمتقين غير بعيد هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ ) ق : 32 - 33 )

  وَفُسِّرَ الْحَفِيظُ هَاهُنَا بِالْحَافِظِ لِأَوَامِرِ اللَّهِ ، وَبِالْحَافِظِ لِذُنُوبِهِ لِيَتُوبَ مِنْهَا

Sabda Nabi saw: Pelihara oleh MU akan Allah yakni:

Pelihara Oleh Mu Hudud Allah dan Hak-hak Allah dan sekelian suruhan Allah dan sekelian Tegehan Allah.

Dan memelihara demikian itu iaitu Bertindak  disisi Sekelian Suruhan dengan melaksanakannya. Dan disisi sekelian tegahannya dengan menjauhikan dia dan disisi hududnya maka tidak boleh engkau langgar akan barang yang menyuruh Allah dengan dia dan memberi izin padanya kepada barang yang ditegahkan drpdnya.

Maka barang siapa melakukannya  maka ianya drpd orang2 yang memeliharakan bagi hudud Allah yang telah memuji Allah akan mereka itu dalam Kitabnya:

Firman Allah taala: "Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (33).

Dan di Tafsirkan lafaz hafiz di ayat tersebut dengan makna yang memeliharakan bagi sekelian suruhan Allag dan sekelian dosa supaya terima kembali Allah drpdnya.

وَمِنْ أَعْظَمِ مَا يَجِبُ حِفْظُهُ مِنْ أَوَامِرِ اللَّهِ الصَّلَاةُ ، وَقَدْ أَمَرَ اللَّهُ بِالْمُحَافَظَةِ عَلَيْهَا ، فَقَالَ : حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى [ الْبَقَرَةِ : 238 ] ، وَمَدَحَ الْمُحَافِظِينَ عَلَيْهَا بِقَوْلِهِ : وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ [ الْمَعَارِجِ : 34 ] . [ ص: 463 ] وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا ، كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَفِي حَدِيثٍ آخَرَ : مَنْ حَافَظَ عَلَيْهِنَّ ، كُنَّ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ .

Dan setengah drpd sebesar2 perkara yang wajib oleh peliharanya drpd sekelian suruhan Allah iaitulah Solat:

Dan sesungguhnya telah menyuruh Allah dengan memeliharakan solat maka berfirman Allah: "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk". Albaqarah 238.

Dan telah memuji Allah akan sekelian yang memeliharakan Solat dengan firmannya: "Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya". Al Maarij ayat 34.

Dan Sabda Nabi saw: "barang siapa memelihara ia atas solat nescaya adalah baginya disisi Allah janjian baha memasuk Allah akan dia akan Syurga".

Dan pada riwayat yang lain sabda Nabi saw:"barang siapa memeliharakan solat nescaya dijadikan baginya cahaya dan burhan/dalil dan kelepasan pada hari kiamat.

 


Wallahuaalam.