Wednesday, 2 October 2013

sedikit tentang hadith 03

Sedikit berkaitan ilmu hadith:

Gelaran Gelaran kepada para Muhadditithin.

Definasi gelaran-gelaran yang akan dinyatakan dalam fasal ini adalah merujuk kepada gelaran-gelaran pada kurun-kurun terdahulu. Pada kurun-kurun kebelakangan ini ia sudah tidak digunakan secara praktikal kerana penggunaannya tidak diaplikasikan secara sepenuhnya.

1. Ar-Rawi:
Al-Rawi iaitu orang yang meriwayatkan hadith. Setiap nama yang ada dalam sanad hadith dinamakan RAWI (periwayat hadith) kata nama ramainya iaitu Ruwah.

2. Al-Musnid:
Seorang perawi yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri, sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak, melainkan sekadar meriwayatkannya semata-mata.
Gelaran ini adalah gelaran yang paling rendah disisi Ulama hadith.

3. Al-Mufid:
Sesaorang yang terhimpun pada dirinya syarat-syarat al-muhaddith, serta memenuhi keahlian untuk memberi manfaat kepada para pelajar yang menghadiri majlis mendengar dan menyalin hadith sesaorang al-hafiz atau al-muhaddith, dia menyampaikan kepada mereka suatu perkara yang tidak mereka dengari dan memberikan kefahaman kepada mereka suatu perkara yang tidak mereka fahami.
Ia adalah suatu mertabat yang digunakan pada kurun ketiga hijrah. ( rujukan: al-Raf'uwa al-takmil.hlm 60)
Kata al-hafiz az-Zahabi : al-Hafiz lebih tinggi daripada al-Mufid mengikut adat kebiasaannya, seperti mana al-Hujjah lebih tinggi daripada al-thiqah.

4. Al-Muhaddith:
Al-Muhadith merupakan gelaran yang diberikan kepada sesaorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith riwayat, dirayah serta mempunyai pengetahuan mengenai sebahagian besar hadith-hadith dan para perawi pada zamannya.
Gelaran ini adalah lebih tinggi daripada gelaran al-musnid.

5. Al-Hafiz:
Gelaran khas bagi para muhaddithin, diberikan kepada sesaorang yang mengetahui sunnah-sunnah Rasulullah SAW, mengetahui berkaitan sanad-sanadnya, dapat membezakan diantara sanad-sanadnya, menghafal hadith-hadith yang disepakati oleh para ulama keatas kesahihannya dan juga sesuatu khilaf diantaranya.

Al-Hafiz ibnu Hajar asqalani menyebut tentang syarat-syarat al-hafiz dengan gelaran al-hafiz iaitu:

a. Sesaorang yang masyhur dalam menuntut ilmu hadith, mengambil daripada lidah-lidah ulama atau perawi hadith dan bukan semata-mata daripada kitab.
b. Mengetahui tabaqat perawi-perawi dan mertabat mereka.
c. Mengetahui al-tajrih dan al-takdil, membezakan antara sahih dan sebaliknya, sehingga hadith-hadith yang dihafal lebih banyak daripada yang tidak dihafal disamping menghafal banyak matan hadith.
Beliau berkata: jika syarat-syarat ini ada pada sesaorang perawi maka dia layak digelar sebagai al-hafiz.

6. Al-Hujjah:
Al-Hujjah iaitu Muhaddith yang memiliki pengetahuan sempurna mengenai 300,000 hadith dari aspek matan dan sanad hadith, perihal perawi dari sudut al-jarh wa al-ta'dil serta tarikh kelahiran dan kewafatan mereka.
a. Ulama yang tergolong dalam gelaran al-Hujjah ini antaranya:
b. Sufian bin Uyainah ( w.198H)
c. Said bin Mansur (w.227H)
d. Al-Darimi Abu Said Uthman bin Said (w.280H)
e. Al-Tabrani Abu al-Qasim Sulaiman bin Ahmadf (w.360H)
f. Al-Diya' al-Maqdisi (w.643H)
Dan lain2 lagi.
Gelaran ini lebih tinggi daripada gelaran al-hafiz.

7. Al-Hakim:
Menurut bahasa al-Hakim adalah kata nama pelaku daripada perkataan ( ha ka ma, yah ku mu, huk man) bermaksud sesaorang yang dilantik untuk menghakimi suatu hukuman kepada manusia. Gelaran ini juga sebagai al-Qadi.
Menurut isthilah, al-Hakim adalah gelaran bagi sesaorang muhaddith yang luas pengetahuannya dan mantap tentang hadith-hadith dan hanya sedikit sahaja hadith-hadith yang tidak diketahuinya.

Gelaran ini dikatakan lebih tinggi kedudukannya daripada gelaran al-Hujjah.
Ulama yang tergolong dalam gelaran al-Hakim ini antaranya:

Abu Ahmad al-Hakim Muhammad bin Muhammad bin Ishak al-Naisaburi al-Karrabisi (w.388H)

Abu Abdillah al-Hakim Muhammad bin Abdullah an-Naisaburi ( w.405H) iaitulah pengarang kitab al-Mustadrak ala Sahihain.

8. Amir al-Mukminin Fil al-Hadith:
Gelaran ini adalah gelaran yang tertinggi berbanding gelaran-gelaran sebelumnya.

Gelaran ini ialah gelaran yang paling tinggi dan paling mulia bagi sesaorang ulama hadith. Ulama hadith yang berhak mendapat gelaran ini ialah imam dan pengkaji yang mahir dalam ilmu hadith, pengetahuannya tentang ilmu hadith mengatasi semua ulama hadith pada zamannya. Di antara mereka yang telah dimuliakan oleh para muhaddithin dengan gelaran ini ialah:

Al-Imam Sufyan bin al-Thauri bin Masruq al-Tahuri al-Kufi (w.161H)
Al-Imam Syu'bah bin Hajjaj bin Ward Abu Bistam (w. 170H)
Al-Imam Abdullah bin Mubarak bin Wadih al-Mawarzi ( w. 182H)
Al-Imam Sufyan bin Uyainah bin Maimun al-Halili al-Makki (w. 198H)
Al-Imam al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (w. 256H)
Al-Imam Muslim bin Hajjaj al-Naisaburi (w. 261H)
Al-Imam Darulqutni Ali bin Umar bin Ahmad Abu al-Hasan (w. 583H)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al_asqalani Shihabuddin Ahmad bin Li ( w. 852H).

Wallahuaalam.

pengenalan hadith

Sedikit drpd pengenalan Hadith:

Pengertian ilmu hadith:

Berkata ibnu al-Akfani ( Muhammad bin Ibrahim bin said al-ansari, wafat 794 H) dalam kitab Irsyad al-Qasid ( ارشاد القاصد الى اسنى المقاصد ) :
Ilmu Hadith khusus dengan riwayat iaitu ilmu yang melengkafi bahasannya atas memindahkan perkataan Nabi salallahualaihi wasaalam dan sekelian perbuatannya dan riwayatnya dan dhabitnya dan menghuraikan segala lafaz-lafaznya.

Ilmu hadith khusus dengan dirayah iaitu ilmu yang boleh dikenali daripadanya akan hakikat riwayat dan syarat-syaratnya dan cabang-cabangnya dan hokum-hukumnya dan kelakuan periwayatnya dan syarat-syarat mereka itu dan bahagian-bahagian yang diriwayatkan dia dan apa suatu yang berkaitan dengannya.

(rujukan kitab Tadribur Rawi oleh Imam Suyuti wafat: 911 H)

Perkataan yang seerti dengan Hadith:
Selain daripada lafaz hadith ada beberapa perkataan yang digunakan untuk pengertian yang sama seperti ar riwayah dan khobar dan athar dan sunnah.

Pendapat yang sahih dimana kesemua perkataan ini dalam istilah para ulama hadith memberi maksud yang sama dan setiap perkataan boleh digunakan sebagai ganti bagi perkataan yang lain sekalipun begitu ada sesetengah ulama hadith mengertikan setiap perkataan tersebut di atas dengan makna yang berlainan wallahuaalam.

Isthilah-isthilah yang berkaitan dengan Sanad dan Matan Hadith:

1. Sanad iaitu rantaian para perawi yang meriwayatkan sesuatu hadith bermula daripada perawi yang pertama sehingga perawi yang terakhir disebutkan sebelum matan/teks hadith. Isthilah sanad juga digunaka bagi perbuatan menyebut atau menyatakan rantaian perawi bagi sesuatu hadith.

2. Isnad iaitu perbuatan menyebut atau menyatakan sanad bagi sesuatu hadith yang kadang kala isnad juga digunakan dengan makna sanad iaitu rantaian perawi-perawi bagi sesuatu hadith.
Matan iaitu teks hadith yang dating selepas sanad.

3. Musnid iaitu orang yang meriwayatkan hadith secara bersanad. Musnid juga merupakan gelaran bagi muhaddith terunggul bagi sesuatu kawasan atau negeri.

Contohnya sifulan musnid al eraqi iaitu sifulan adalah musnid ( muhaddith terunggul ) bagi negeri Iraq.

4. Musnad terbahagi kepada tiga makna:
a) Kitab hadith yang menghimpunkan hadith-hadith berdasarkan sahabah yang meriwayatkan.
b) Hadith marfu' yang diriwayatkan dengan sanad yang muttasil(bersambung tanpa putus).
c) Isnad iaitu menyatakan sanad bagi hadith yang telah disebut tanpa sanadnya.

Contoh-contohnya:

Imam Bukhari dalam jami' sahihnya:
حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Kata-kata imam Bukhari dari حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ sehingga
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ adalah sanad hadith dan kata-katanya dari
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ sehingga akhirnya hadith adalah matan hadith

Hadith seperti ini dipanggil musnad iaitu hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang muttasil(berhubung) sehingga sampai kepada Rasulullah saw.
Imam Bukhari ialah musnid iaitu seorang yang meriwayatkan hadith beserta dengan sanadnya, manakala perbuatannya menerangkan sanad hadith ini dipanggil sebagai isnad

Wallahuaalam

sedikit sejarah Hadith:


Sedikit mengenai Sejarah Ilmu hadis drpd kitab al-Muyassar pada ilmu musthalah hadith oleh Syed Abdul majid al-Ghouri terjemahan Muhammad Hazim:

Ilmu Musthalah hadith atau ilmu hadith telah bermula sejak zaman para sahabat Nabi saw lagi seiring dengan perkembangan ilmu riwayat al Hadith pada zaman tersebut, meskipun ilmu Musthalah Hadith belum disusun dan ditulis dalam bentuk kitab, tetapi para sahabat radiallahuan sudah mengamalkan beberapa kaedah dan dasar-dasar tertentu dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah saw.

Dalam hal ini, para sahabat radiallahuan sangat berhati-hati, mereka memastikan kesahihan setiap hadith yang ingin diriwayatkan dan menyelidik keadaan perawi tersebut sebelum mengambil hadith daripadanya serta menilai setiap riwayat mengikut kaedah-kaedahnya yang khusus.

Selepas sahabat, para Tabiin juga telah mengamalkan kaedah yang sama dalam menerima tahammul dan meriwayatkan ada' hadith walaupun ilmu Musthalah Hadith masih belum dibukukan pada zaman itu.

Pengarang pertama yang menyentuh sebahagian permasalahan Usul Hadith dalam tulisannya ialam al Imam al-Shafi'I (Muhammad bin Idris al-Shafi'I, wafat 204 H) dalam kitabnya yang terkenal al-Risalah.

Sebahagian daripada kaedah dan asas ilmu hadith boleh juga didapati dalam kitab-kitab hadith. Contohnya Imam bukhari ( Muhammad bin Ismail al-Bukhari, wafat 256 H) dalam Jami' Sahih Bukhari telah mendatangkan beberapa bab yabg mengisyaratkan kepada usul-usul dan kaedah-kaedah ilmu ini.

Begitu juga imam Muslim ( Muslim bin Hajaj al-Qusairi an- Naisaburi, wafat 261 H) dalam Muqaddimah Sahih Muslim, Imam al-Tarmizi ( Muhammad bin Isa bin Sura, wafat 279 H) dalam Jami' al-Tarmizi dan al-'ilal al-Saghir dan Imam Abu Daud ( Sulaiman bin Asy as as sijastani , wafat 275 H) dalam Sunan Abi Daud dan risalah beliau Risalah ila ahl Makkah telah membincangkan banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu Usul al-Hadith.

Pada peringkat ini, terdapat Ulama yang telah mula mengarang kitab-kitab yang membahaskan secara khusus salah satu daripada perbahasan Ulum al-Hadith. Di antara perkara yang telah dijadikan tajuk perbahasan dalam karangan-karangan mereka ialah Gharib al-Hadith, Mushkil al-Hadith, Hadith-Hadith Nasikh dan Mansukh, "ilal Hadith, Ma'rifat Ruwa dan seumpamanya.

Pada akhir kurun kedua, imam Ali bin al-Madini(Abul Hasan Ali bin Abdullah bin Jaa'far bin Najih bin Bakr bin Saad, wafat 234 H) pula menghimpunkan sebahagian perbahasan ilmu hadith pada bab-bab yang berasingan dalam kitab-kitab karangan beliau. Perkara ini telah disebut secara terperinci oleh Imam al-Hakim Abu Abdillah al-Naisaburi dalam kitabnya Ulum al-Hadith.

wallahuaalam.

Wednesday, 18 September 2013

Kongsi foto dan kemaskinian bersama Khotib

facebook
Khotib sedang berkongsi gambar, kemaskini dan lain-lain di Facebook. Berdaftarlah untuk mengikuti perkembangan Khotib dan mereka semua yang anda kasihi.
Khotib Sharbini
4 buah kumpulan
Daftar
Pergi ke Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.hadithori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Tuesday, 3 September 2013

Kongsi foto dan kemaskinian bersama Khotib

facebook
Khotib sedang berkongsi gambar, kemaskini dan lain-lain di Facebook. Berdaftarlah untuk mengikuti perkembangan Khotib dan mereka semua yang anda kasihi.
Khotib Sharbini
4 buah kumpulan
Daftar
Pergi ke Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.hadithori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Friday, 16 August 2013

Check out Khotib's photos on Facebook.

facebook
Check out Khotib's photos on Facebook.
If you sign up for Facebook, you'll be able to stay connected with friends by seeing their photos and videos, staying up to date with their latest status updates, exchanging messages and more.
Sertai Khotib di Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.hadithori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Wednesday, 5 December 2012

Hadith bahagian 01

Hadith bahagian 01

Ilmu Musthalah Hadis.

Ilmu musthalah hadith mempunyai kepentingan, kedudukan dan kelebihan2 yang tidak boleh di dapati seumpamanya dari mana2 cabang ilmu2 islam yang lain seperti mana yang akan di huraikan secara ringkas.. In sya Allah.

Kepentingan dan kelebihannya.

Di antara semulia2 ilmu islam iaitu ilmu mengetahui dan mengenali periwayatan sesuatu hadith sehingga boleh di ketahui bahawa satu2 hadith itu thabit atau tidak ianya datang drpd Nabi صلى الله عليه وسلم , sehinggakan sesuatu hadith itu diterima/maqbul dan boleh diamalkan atau mardud/ditolak yakni tidak boleh digunakan.

Keutamaan ilmu musthalah.

Setengah drpd cabang2 ilmu islam yang sangat penting dalam penentuan dalil2 iaitu ilmu musthalah hadith kerana dengan ilmu ini kita dapat menentukan/mengukur sejauhmana hadith yang sampai kepada kita ini mampu/boleh di jadikan dalil apabila ilmu ini mengenalkan kita mana yang sahihnya dan mana yang hasannya dan mana yang daif seterusnya yang palsu yang di panggil dalam ilmu hadith dengan hadith maudhu/hadith reka2an.

Terpelihara atau tidaknya agama islam kita bertunjang kuat dengan mengenali sumber dalil islam iaitu Hadith Nabi صلى الله عليه وسلم selain alquran yang dengan ilmu ini sesaorang yang mahir akan dapat mengenali yang sahih atau daif dan yang asli atau palsunya dan lebih2 lagi tercampurnya perkataan Nabi صلى الله عليه وسلم dengan perkataan bukan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Tujuan penyususnan Ilmu Musthalah ini:

Matlamat terjauhnya penyelewengan dan pemalsuan yang di datangkan oleh pihak yang tak bertanggung jawab drpd musuh islam suatu sebab ilmu ini di susun dan di bangunkan oleh ulama dunia islam.

Sehingga ilmu ini menjadi teramat penting dan syarat utama dalam membentuk hujjah2 pendalilan bagi mereka2 yang berpotensi dalam menyusun hukum hakam dalam islam.. Tidak heran jika kita kata dimana imam2 mujtahid amat berkelayakan dalam ilmu ini sekalipun ilmu ini belum di susun dan di bangunkan yang dari mereka antara sumber penyusunan ilmu ini di ambil dan selain mereka ini daripada ulama2 sebelum merek itu seperti Muhammad bin Sirrin dan lainnya.

Wallahuaalam..


Sent from my iPad