Monday 10 October 2011

ringkasan carta hadis nabawiyah

Carta Hadis secara ringkas.

Hadis pada pandangan sanad contoh>

Telah mencerita hadis akan kami oleh pulan, telah mencerita hadis oleh Pulan daripada pulan daripada pulan daripada sahabat Nabi bahawa Nabi saw bersabda demikian demikian…..

Kalimah pulan dan Pulan dan Pulan dan sahabat Nabi namanya sanad.

Jika tiap2 pulan tu mencukupi 5 syarat namanya hadis Sahih>

Syarat:

1                     Berhubung yakni berjumpa dan belajar hadis antara pulan pertama(murid) dengan pulan kedua(guru).

2                     Tiada shaz Yakni menyalahi thiqah bagi mereka yang terlebih thiqah daripadanya pada tiap2 pulan tersebut.

3                     Tiada elat yakni penyakit pada tiap2 pulan tersebut seperti Fasik dan pelupa dan lainya.

4                     Adil pada riwayat iaitu Muslim mukallaf yang sejahtera daripada fasik dan umpamanya.

5                     Dhabit iaitu ingatan yang kuat pada dadanya dengan mampu mendatangkan dia bila dikehendakikan dia atau ingat kitab dengan bahawa tahu dia dimana kitab yang menyimpan hadis yang hendak digunakan.

Jika kurang sedikit mertabat lima di atas dinamakan hadis tersebut Hassan, dan jika menyalahi satu daripada lima syarat tersebut dinamakan hadis daif.

Nama hadis ada tiga:

Hadis Marfuu seperti dikatakan bersabda Nabi saw atau lainnya…. Jika

Berkata Sahabat seperti Umar bin Khathab dinamakan hadis Mauquf dan jika berkata taabiin seperti Hassan al Basri dinamakan hadis Maqtuu.

 

Hadis Marfuu jika periwayatnya melengkapi lima syarat di namakan marfuu sahih dan jika kurang dinamakan marfuu Hassan jika tak cukup syarat lima dinamakan daif begitulah dua hadis tadi iaitu mauquf dan maqtuu.

Jika hadis Marfuu datang daripada seorang sahabat selepas dituntut daripada sekelian kitab2 hadis dinamakan hadis Gharhib , jika didapatkan dua orang sahabat atau tiga sahabat meriwayatkan lafaz hadis yang sama dinamakan hadis Aziz, jika didapatkan  empat orang sahabat atau lebih dengan lafaz yang satu maka dinamakan hadis Mashur iaitu hadis yang menjadi buruan ulama fekh dalam menyusun fekh mereka .