Friday 27 May 2011

Ilmu Hadis saja buat catatan.

Ilmu Hadis saja buat catatan.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه اجمعين

Ilmu Hadis atau nama lainnya ilmu Musthalah Hadis iaitu ilmu ( tahu kita ) dengan sekelian kaedah yang kita boleh kenal dengan dia akan sekelian kelakuan sanad ( perawi, pencerita hadis ) dan matan ( lafaz hadis seperti kata Nabi saw : sesungguhnya sekelian amalan itu disertaikan dengan niat. ) daripada sahih, hassan dan dhaif.
Sasaran ilmu ini tertumpu kepada periwayat dan lafaz hadis pada pihak boleh diterima atau ditolak.
Faedah ilmu ini kita akan kenal hadis yang diterima dan hadis yang di tolak.

Bila sebut sahaja Hadis maka dianya terbahagi kepada dua bahagian satunya sifat bagi periwayat hadis dan keduanya sifat bagi matan hadis, maka bahagian yang pertama pula terbahagi kepada tiga bahagian. Pertamanya Hadis Sahih. Keduanya Hadis Hassan dan ketiganya Hadis Dhaif.
Bila kita kata sahih, hassan dan dhaif, kita kena tahu ketiga tiga gelaran tu dinamakan sifat bagi periwayat hadis.
Bahagian yang kedua juga terbahagi kepada tiga bahagian lagi pertamanya hadis Marfu' dan keduanya hadis Mauquf dan ketiganya hadis Maqthu'. Insyaallah nanti kita hencerkan satu persatu yerrrr

Bahagian awal pecahan hadis kepada tiga yang iaitu sahih dan hassan dan dhaif.
Pertamanya Sahih yang di ijmakkan dia atas sahih di sisi mereka itu Ulama Hadis iaitu ada lima syarat.
Pertamanya berhubung sanad dengan bahawa meriyawat oleh setiap periwayatnya dari mulut guru kemulut guru dari awal sanaf sehingga akhirnya dengan tiada terputus sanadnya.
Keduanya Periwayat hadis itu tidak Syazz iaitu menyalahi orang yang kepercayaan bagi mereka yang terlebih di percayai.
Ketiganya ketiadaan penyakit sama ada penyakit yang zhahir seperti fasik , kurang kuat ingatan dan lainnya atau penyakit yang tersembunyi seperti hadis Marfu' dikatanya hadis mauquf.
Keempatnya A'dalah yakni berlaku adil pada meriwayatkan hadis yang iaitu seorang Muslimyang mukallaf yang salim(sejahtera) daripada fasik dan sekelian dosa dosa kecil yang terang.
Kelimanya dhabit iaitu ingatan yang kuat, sama ada ingat di dada atau ingat di kitab.
Dhabit dada iaitu bahawa tetap barang yang didengarnya dengan sekiranya ditanyai dia mampu memperdatangkan barang yang didengarnya bila masa dikehendaki.
Dhabit kitab iaitu terpelihara barang yang dikitab itu di sisinya semenjak didengarnya barang yang di dalam kitab tu. Kedua dua fhabit itu tak menyalahi dengarnya dari guru dan boleh diperpegangi ingatan di dadanya dan boleh dipercayai pindahannya dari mana mana kitab hadis tanpa menambaj dan mengurangkan kalamnya. Wallahuaalam.


No comments:

Post a Comment