Wednesday, 1 August 2012

Sanad Sahih Bukhari melalui Sheikh abdul Hadi Kharsha siria.

Sanad Sahih Bukhari melalui Sheikh abdul Hadi Kharsha siria.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata sheikh:
Aku riwayat akan Jamik Sahih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail  al Bukhari drpd beberapa orang Muhaddithin dan setengah drpd mereka itu iaitu 
1) Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki rahimahullah taala yang mana beliau meriwayatkan dia drpd Bapanya AsSayyid Alawi al Maliki dengan jalan membaca dan ijazah  di Masjid Haram dan meriwayat ia drpd Sheikh Hassan Mushshat di Masjid Haram Dengan jalan Membaca dan ijazah dan Sheikh Muhammad Hafiz at Tijani di Mesir dengan jalan membaca dan ijazah dan Sheikh Muhammad Yusuf al Banuri di Pakistan dengan jalan membaca dan ijazah dan selain mereka itu drpd mereka yang memberi ijazah akan daku dengan dia.

Berkata Sheikh Rahimahullah taala dalam kitabnya at Taliek As Saaeid:
Adapun Bapa ku maka sesungguhnya membaca ia akan Jami sahih ini atas Sheikh As Sayyid  Abbas al Maliki dan sheikhnya sheikh Umar Hamdan.
1) drpd Sheikhnya Muhammad bin Abid al Maliki drpd 
as Sayyid Ahmad bin Dahlan drpd 
Uthman bin Hassan ad Dimyathi drpd al Amir Kabir.
2) drpd Sheikhnya as Sayyid Muhammad bin Ali  bin Tohir al watari drpd Ahmad minnah Allah al Adawi drpd Muhammad Al Amir Kabir  dan iaitu drpd Ali as Shoeidi drpd 
Muhammad bin Uqailah al Makki berkata:
Aku riwayat akan ini Hadis dengan setinggi sanad yang di dapat di dunia ini drpd Sheikh Hassan bin Ali al Ajimi drpd 
Sheikh Ahmad bin Muhammad al ajali al Yamani drpd 
Imam Yahya bin Mukarram at Tabari drpd 
Datuknya Imam Muhibbuddin Muhammad bin Muhammad at Tabari berkata ia telah mengkhobarkan daku oleh Burhan Ibrahim bin Muhammad bin Sidik ad Demashqi  dan selainnya dengan beberapa riwayat drpd Sheikh Abdol Rahim bin Abdil Awal al Faghghani dan adalah umurnya seratus empat puluh tahun  dan iaitu mereka yang berhimpun dengan Nabi Khidir  Alaihis Salam  dan sesungguhnya membaca ia akan sahih Bukhari atas Abi Abdir Rahman Muhammad bin Shazbahat Al faghghani dengan dengarnya bagi sekeliannya atas Abi Lukman Yahya bin Ammar bin Muqbil bin Shahan al Khattalani dan adalah umurnya ketika itu seratus empat puluh tiga tahun dan sesungguhnya mendengar ia akan sekeliannya drpd Muhammad bin Yusuf al Firabri drpd Jamiknya Amirul Mukminin fil Hadis Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah al Bukhari al Juufi radiallahuanh.

Dan Aku ( Sheikh Abdul Hadi kharsha Siria) aku Ijazahkan akan sayyid ustaz Mashadi Bin Masyuti  dengan apa yang telah mengijazahkan daku dengan dia oleh Guru2 ku pada riwayat ini Al Jamik As Sahih.
Aku lepaskan ijazah yang berkat ini pada 
Tarikh : 14 Ramadhan 1432 hijrah yang muwafakat 14 ogos 2011 masihi pada Hari Ahad.

Yang memberi Ijazah
Khadim Ilmi Sharif
Sheikh Al Muhaddith Abdul Hadi bin Muhammad al kharsha
Damsyiq Siria.







Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment