الكتب » مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح » كتاب الإمارة والقضاء
كتاب الإمارة والقضاء
الفصل الأول
بسم الله الرحمن الرحيم
3661 - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ ، وَمَنْ يُطِعِ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي وَإِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَعَدَلَ فَإِنَّ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرًا وَإِنْ قَالَ بِغَيْرِهِ فَإِنَّ عَلَيْهِ مِنْهُ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Kitab bicara kepimpinan dan hukuman.
Drpd Abi Hurairah ra. Berkata ia, bersabda Nabi saw:
Barang siapa mentaati daku maka sesungguhnya taat ia akan Allah, dan barang siapa menderhakai Daku maka sesunggunya menderhakai ia akan Allah dan barang siapa mentaati pemimpinnya maka sesungguhnya ia mentaati Daku dan barang siapa menderhakai pimpinannya maka sesungguhnya ia menderhakai Daku dan sesungguhnya Imam itu pendinding yang diperangikan drpd belakangnya dan dipeliharakan dengan dia maka jika menyuruh ia dengan taqwakan akan Allah dan berlaku adil ia maka bahawa baginya dengan demikian itu pahala dan jika berkata ia dengan selainnya maka atasnya drpdnya. Hadis di sepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Syarah:
<Kata Abu Hurairah berkata Rasulullah saw: Barang siapa mentaati daku maka sesungguhnya taat ia akan Allah>
Kata ini di ambil drpd firman Allah taala: " barang siapa mentaati Rasulullah maka sesungguhnya ia mentaati Allah" (surah an Nisa ayat 80)>( من يطع الرسول فقد أطاع الله )
Dan katanya :" barang siapa menderhakai Daku maka sesunggunya menderhakai ia akan Allah" di ambil drpd firman Allah taala(surah al Jin ayat 23.( ومن يعص الله ورسوله فإن له نار جهنم )
Dan Katanya: "barang siapa mentaati pemimpin maka sesungguhnya ia mentaati Daku" zahir sebutannya yang mumkin bahawa adalah takdirnya. "Pemimpin lantikan ku".
Maka makna Hadis " barang siapa mentaati pemimpin lantikan ku( Rasulullah) maka sesunggunya ia mentaati daku"…
<<<Dan pada ini hadis di ambil dalil atas sah khilafah dan niyabah(pengganti).>>>
Sejarah penurunan/kedatangan hadis ini dimana orang2 arab sebelum kebangkitan kerasulan Nabi Muhammad saw, mereka tidak tahu menahu tentang kepimpinan dan tidak beragama mereka bagi selain ketua2 kabilah mereka maka tatkala datang islam dan memimpin atas mereka itu oleh pemimpin2 maka keras hati mereka itu untuk menerimanya sehinggakan tertegah setengah drpd mereka itu atas mentaati kepimpinan.
Maka berkata bagi mereka itu Rasulullah saw atas tujuan mengajari mereka itu bahawa ketaatan mereka itu berkait rapat dengan mentaati rasulullah saw dan penderhakaan mereka itu berkait rapat dengan perderhakaan atas nabi saw, supaya mentaati mereka itu akan orang yang dilantik menjadi pemimpin drpd mereka itu.
Maka bahawa Imam itu yakni khilafah atau Amir itu iaitu pendinding yang diperangikan drpd belakangnya dan di buat peliharakan dengan dia:
Makna hadis iaitu:
Pemimpin semasa peperangan, beliau berada di depan kaum supaya jadi kuat kamu dengan sebab ada pemimpin tersebut di hadapan kaum dan berperang oleh kaum tersebut dengan kekuatan yang ada pada pemimpin tersebut.
Atau boleh dikatakan:
Imam/Pemimpin adalah ianya tempat berpaut sekelian orang Muslimin pada sekelian hajat mereka itu atas jalan berkekalan.
Berkata imam Nawawi: dikatakan imam itu seperti pendinding bermakna bahawa Imam/pemimpin iaitu orang yang menegah musuh drpd menyakiti orang islam dan menegah manusia menyakiti akan manusia yang lain dan menyemai ia akan keindahan Islam dan memelihara manusia dan takut sekelian mereka itu akan keberanian imam/pemimpin.
Dan memerangi manusia bersama imam akan orang2 yang kafir dan pelampau dan khawarij dan sekelian orang yang ahli kerosakan dan ditolongkan akan imam/pemimpin atas mengalahkan mereka yang tersebut itu.
Dan jika menyuruh imam/pemimpin itu dengan takutkan Allah dan berlaku adil ( menghukum dengan hokum Allah) maka baginya dengan demikian itu pahala yang amat besar dan jika berkata/berhukum dengan selainnya ( selain drpd barang yang disebutkan drpd takqa dan adil) sesungguhnya atasnya drpdnya.
Berkata Imam Nawawi rha:
Pada ini hadis di ambil dalil atas menyungguh pada sekelian kelakuan dan sebab bersatunya kalimah muslimin, kerana bahawa sa perselisihan itu iaitu sebab bagi kehancuran kelakuan/kekuatan mereka itu muslimin pada agama dan dunia mereka itu.
Dan kecualikan/keluarkan drpd kata sekelian kelakuan mereka itu iaitu kelakuan maksiat kerana dalil yang diambil faedah drpd pendahuluan hadis.
No comments:
Post a Comment