Nashik dan Manshuk Hadis Imam Ubaid Qasim Bin Salam
رقم الحديث: 1
(حديث موقوف) قَالَ : قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ أَبِي حَصِينٍ ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ ، أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَرَّ بِقَاصٍّ يَقُصُّ ، فَقَالَ : " هَلْ عَلِمْتَ النَّاسِخَ وَالْمَنْسُوخَ ؟ قَالَ : لا , قَالَ : " هَلَكْتَ وَأَهْلَكْتَ " .
Hadis Mauquf ': drpd Abi Abdir Rahman As Sulami bahawa Saidina Ali Bin Abi Thalib RA. Lalu ia dengan pensyarah yang sedang bersyarah maka berkata Ali: adakah engkau ketahui akan Nasikh dan Mansukh, berkata ia : tidak, berkata Ali RA. Binasa engkau dan engkau membinasakan.
Pengenalan Rawi:
1) Abdur Rahman Bin Mahdi bin Hassan bin Abdir Rahman al Basri Al Anbari, lahir tahun 135h dan wafat tahun 198h, bermukim di Bashrah dan wafat juga di Bashrah, thiqatun ,thabtun, hafiz lagi Arif. Tabaqat ke9. Digelarkan dengan Abi Saeid.
Berkata Abu Hatim Ar Razi: ianya Imam thiqah.
Berkata Imam Ahmad bin Hambal: ianya thiqah, pilihan drpd tempat galian kebenaran, saleh muslim, hafiz.
Berkata Imam Shafei: aku tak tahu ada baginya bandingan dalam dunia.
Berkata Yahya Bin Main: dari kalangan yang thabit segala guru2 Bashrah.
2) Sufyan bin Saeid bin Masruq ath Thauri Abu Abdillah Al Kuufi, digelarkan dengan Abi Abdullah Sufyan Ath Thauri. Thiqah, Hafiz, Fakeh, imam Hujjah amirul mukminin fil Hadith terkadang dallasa.
Bermukim di Kufah dan Wafat do Bashrah.
Berkata Abu Hatim Ar Razi : fakeh, Hafiz, Zahid, Imam Ahli Iraq, dan itqana ashab Abi Ishaq.
Berkata Imam Ahmad: salah saorang Huffaz empat yang muthbithtin.
Berkata alhafiz Ibni Hajar : thiqah, Hafiz, fakeh, Abid, imam Hujjah terkadang dallasa.
3) Abi Husain Uthman bin Asim bin al Husain al Asdi dimasqi thiqatun,thabtun dan sunni wafat tahun 127h.
Berkata Abu Hatim Ar Razi: thiqah.
Berkata Imam Ahmad: Sahih Hadis.
Berkata Al Hafiz: thiqah, thabtun, sunni terkadang dallasa.
4) Abu Abdir Rahman As Sulami Abdullah bin Hubaib bin Rabiah al Kufi al Qari dan bagi bapanya sahabat. Thiqah, thabit, kathir Hadis. Wafat tahun 72h
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَبِيعَةَ الرُّؤَاسِيُّ ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ نُبَيْطٍ الأَشْجَعِيِّ ، عَنِ الضَّحَّاكِ بْنِ مُزَاحِمٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّهُ رَأَى قَاصًّا يَقُصُّ ، فَقَالَ مِثْلَ مَقَالَةِ عَلِيٍّ سَوَاءً .
Drpd Ibni Abbas bahawa melihat ia akan pensyarah yang sedang bersyarah, maka berkata ia akan seumpama perkataan Ali.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment