Hukum membaca hadis dihadapan ahli hadis.
63 حدثنا عبد الله بن يوسف قال حدثنا الليث عن سعيد هو المقبري عن شريك بن عبد الله بن أبي نمر أنه سمع أنس بن مالك يقول بينما نحن جلوس مع النبي صلى الله عليه وسلم في المسجد دخل رجل على جمل فأناخه في المسجد ثم عقله ثم قال لهم أيكم محمد والنبي صلى الله عليه وسلم متكئ بين ظهرانيهم فقلنا هذا الرجل الأبيض المتكئ فقال له الرجل يا ابن عبد المطلب فقال له النبي صلى الله عليه وسلم قد أجبتك فقال الرجل للنبي صلى الله عليه وسلم إني سائلك فمشدد عليك في المسألة فلا تجد علي في نفسك فقال سل عما بدا لك فقال أسألك بربك ورب من قبلك آلله أرسلك إلى الناس كلهم فقال اللهم نعم قال أنشدك بالله آلله أمرك أن نصلي الصلوات الخمس في اليوم والليلة قال اللهم نعم قال أنشدك بالله آلله أمرك أن نصوم هذا الشهر من السنة قال اللهم نعم قال أنشدك بالله آلله أمرك أن تأخذ هذه الصدقة من أغنيائنا فتقسمها على فقرائنا فقال النبي صلى الله عليه وسلم اللهم نعم فقال الرجل آمنت بما جئت به وأنا رسول من ورائي من قومي وأنا ضمام بن ثعلبة أخو بني سعد بن بكر ورواه موسى بن إسماعيل وعلي بن عبد الحميد عن سليمان بن المغيرة عن ثابت عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم بهذا
Sedang2 kami duduk bersama Nabi saw dalam Masjid, telah Masuk seorang lelaki atas untanya maka menterun ia akan untanya dalam Masjid kemudian menambat ia akan dia, kemudian berkata ia bagi mereka yang bersama2 nabi saw; siapakah sekelian Muhammad, wal hal Nabi saw masa itu sedang bertelekan antara belakang2 kami, maka kami kata: Ini lelaki yang putih yang bertelekan. Maka berkata baginya oleh Lelaki itu, ibnu Muthallib, maka berkata baginya oleh Nabi saw: sungguhnya Aku perkenan akan dikau, maka berkata lelaki tersebut : sesungguhnya aku, aku orang yang bertanya akan dikau, maka bersungguh aku atas engkau pada bertanya, maka jangan engkau berasa apa atas aku dalam diri mu, maka sabda Nabi saw, tanya oleh mu bagi barang yang nyata bagi mu, maka berkata ia: aku tanyaikan dikau dengan tuhan mu dengan tuhan mereka yang sebelum mu, Adakah Allah telah mengutuskan dikau kepada ,anusia sekeliannya? Maka sabda Nabi saw, Allahumma Ya, berkata ia, aku tanyaikan dikau dengan Allah. Adakah Allah menyuruhkan dikau bahawa engkau bersolat lima waktu sehari semalam, sabda Nabi saw Allahumma Ya, berkata ia, aku tanyai lagi akan dikau, adakah menyuruh Allah akan dikau bahawa berpuasa engkau akan ini bulan dalam setahun? Jawab Nabi saw: Allahumma Ya, berkata ia lagi, aku tanyaikan dikau, Adakah Allah menyuruhkan dikau bahawa engkau ambil akan sedekah daripada yang kaya kaya kami dan di bahagi bahagikan akan dia atas yang fakir2 daripada kami? Jawab Nabi saw: Allahumma Ya, maka berkata ia: Aku beriman dengan barang yang engkau bawa datangkan dengan dia, dan aku jadi rasul bagi mereka di belakang aku daripada qaum ku dan Aku ialah Dimam bin Thaalabah sedara bani saad bin Bakr.
Ini hadis muttafaqq atas sahihnya, dan telah mentakhrijkan dia oleh imam Muslim drpd jalan sanad Thabit drpd Anas: dengan lafaz telah datang seorang lelaki daripada ahli badiah.... Sama dengan makna hadis di atas.....
Dan ada pada ini hadis dalil atas harus membaca dan memperdengarkan bacaan atas ahli hadis kemudian meriwayatkan dia seperti mana yang di dengarkan dan iaitu perkataan jemaah dari imam imam hadis dan ahli ilmi.
Berkata imam Bukhari dalam Sahihnya 1/137 bab membaca dan mendengarkan bacaan atas muhaddith, dan beependapat oleh Hasan al Basri dan Sufyan Atthauri dan Imam Malik, akan membaca itu perkara yang diharuskan.
Dan berhujjah ( mengambil dalil atas harus membaca ini) oleh setengah drpd mereka itu pada harus membaca atas orang Alim dengan hadis Dhimam bin Thaalabah yang berkata ia bagi Nabi saw : adakah Allah menyuruhkan dikau......... Maka ini iaitu membaca atas Nabi saw, yang mengkhobar oleh Dhimam Akan Kaumnya dengan demikian itu, maka memperharus merek itu..
Berkata al Hafiz: sesungguhnya adalah sesetengah salaf tidak membenarkannya meliankan dengan apa yang telah mendengar mereka itu akan hadis daripada lafaz2 guru guru tidak apa yang di bacakan atas guru2 mereka itu.
Dan kerana inilah telah membuat bab oleh Imam Bukhari atas keharusannya dan telah mendatangkan hadis atau falil keharusan tersebut dalam bab itu akan perkataan Hasan Basri dan telah menyebut ia drpd Sufyan atThauri dan Imam Malik bahawa kedua2 imam tersebut menyamakan hukum mendengar drpd Alim dan membaca atasnya
Dan seterusnya.......
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment