Wednesday 2 October 2013

sedikit sejarah Hadith:


Sedikit mengenai Sejarah Ilmu hadis drpd kitab al-Muyassar pada ilmu musthalah hadith oleh Syed Abdul majid al-Ghouri terjemahan Muhammad Hazim:

Ilmu Musthalah hadith atau ilmu hadith telah bermula sejak zaman para sahabat Nabi saw lagi seiring dengan perkembangan ilmu riwayat al Hadith pada zaman tersebut, meskipun ilmu Musthalah Hadith belum disusun dan ditulis dalam bentuk kitab, tetapi para sahabat radiallahuan sudah mengamalkan beberapa kaedah dan dasar-dasar tertentu dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah saw.

Dalam hal ini, para sahabat radiallahuan sangat berhati-hati, mereka memastikan kesahihan setiap hadith yang ingin diriwayatkan dan menyelidik keadaan perawi tersebut sebelum mengambil hadith daripadanya serta menilai setiap riwayat mengikut kaedah-kaedahnya yang khusus.

Selepas sahabat, para Tabiin juga telah mengamalkan kaedah yang sama dalam menerima tahammul dan meriwayatkan ada' hadith walaupun ilmu Musthalah Hadith masih belum dibukukan pada zaman itu.

Pengarang pertama yang menyentuh sebahagian permasalahan Usul Hadith dalam tulisannya ialam al Imam al-Shafi'I (Muhammad bin Idris al-Shafi'I, wafat 204 H) dalam kitabnya yang terkenal al-Risalah.

Sebahagian daripada kaedah dan asas ilmu hadith boleh juga didapati dalam kitab-kitab hadith. Contohnya Imam bukhari ( Muhammad bin Ismail al-Bukhari, wafat 256 H) dalam Jami' Sahih Bukhari telah mendatangkan beberapa bab yabg mengisyaratkan kepada usul-usul dan kaedah-kaedah ilmu ini.

Begitu juga imam Muslim ( Muslim bin Hajaj al-Qusairi an- Naisaburi, wafat 261 H) dalam Muqaddimah Sahih Muslim, Imam al-Tarmizi ( Muhammad bin Isa bin Sura, wafat 279 H) dalam Jami' al-Tarmizi dan al-'ilal al-Saghir dan Imam Abu Daud ( Sulaiman bin Asy as as sijastani , wafat 275 H) dalam Sunan Abi Daud dan risalah beliau Risalah ila ahl Makkah telah membincangkan banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu Usul al-Hadith.

Pada peringkat ini, terdapat Ulama yang telah mula mengarang kitab-kitab yang membahaskan secara khusus salah satu daripada perbahasan Ulum al-Hadith. Di antara perkara yang telah dijadikan tajuk perbahasan dalam karangan-karangan mereka ialah Gharib al-Hadith, Mushkil al-Hadith, Hadith-Hadith Nasikh dan Mansukh, "ilal Hadith, Ma'rifat Ruwa dan seumpamanya.

Pada akhir kurun kedua, imam Ali bin al-Madini(Abul Hasan Ali bin Abdullah bin Jaa'far bin Najih bin Bakr bin Saad, wafat 234 H) pula menghimpunkan sebahagian perbahasan ilmu hadith pada bab-bab yang berasingan dalam kitab-kitab karangan beliau. Perkara ini telah disebut secara terperinci oleh Imam al-Hakim Abu Abdillah al-Naisaburi dalam kitabnya Ulum al-Hadith.

wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment