Monday, 18 July 2011

Bicara Hadis Puasa daripada sahih Bukhari

كِتَابُ الصَّوْمِ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
بَابُ وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}

Kitab Bicara Puasa daripada Sahih Bukhari

Dengan Nama Allah Tuhan yang pemurah lagi pengasih.

Bab wajib puasa Ramadhan dan firman Allah taala : wahai Orang2 yang beriman di fardhukan atas kamu berpuasa seperti mana difardhu atas umat2 terdahulu dengan harapan kamu bertaqwa.


1891 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصِّيَامِ فَقَالَ شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الزَّكَاةِ فَقَالَ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَالَ وَالَّذِي أَكْرَمَكَ لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ

Daripada Talhatah bin Ubaidillah RA. Bahawa seorang arab darat telah datang ia kepada

 رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  pada hal berkusut masai rambutnya lalu berkata ia wahai Rasulullah saw, khabarkan akan daku, apakah suatu yang telah memfardhu oleh Allah keatas ku daripada solat maka berkata ia, solat lima waktu melainkan bahawa engkau buat solat sunat, maka katanya lagi, khabarkan akan daku apa suatu yang telah memfardhu oleh Allah taala atas ku daripada puasa maka kata Nabi saw sebulan Ramadhan selain daripada bahawa engkau buat puasa sunat maka ia berkata lagi khabarkan daku dengan apa suatu telah memfardhu Allah atas ku daripada zakat maka sabdanya maka mengkhobar akan dia oleh Rasulullah saw akan sekelian syariat islam. Berkata ia demi tuhan yang memuliakan dikau tidak aku buat akan yang sunat2 tersebut dan tidak aku mengurangkan setengah daripada barang yang telah memfardhu oleh Allah keatas ku sedikit pun maka berkata Rasulullah saw  berjaya ia jika benar ia atau masuk syurga ia jika benar ia. bersambung...........................

No comments:

Post a Comment